Soalan : Berapa buku Tun baca dalam sebulan ?

Jawapan : 5 hingga 10 buah ….

Soalan : Berapa jam Tun tidur sehari?

Jawapan : Biasanya saya masuk bilik tidur 10 malam dan membaca atas katil.12 tengah malam saya tidur.6 pagi saya bangun.

Soalan : Siapakah pemidato yang Tun teladani ?

Jawapan : Sulaiman Palestin dan Sukarno 

Soalan : Kenapa dakwah gagal menarik bukan Islam masuk Islam ? 

Jawapan : Sejak saya masuk ke PERKIM,saya telah mengubah banyak perkara termasuklah cara berdakwah.Jika kita lihat sejarah bagaimana Islam sampai ke Melaka,disebabkan pedagang-pedagang yang juga menjadi pendakwah membawa Islam ke Melaka.Jika kita mahu dakwah memberi kesan ,kita perlu buktikan kita lebih hebat dari orang yang didakwah.Orang Melaka menganut Islam kerna kagum dengan kehebatan pedagang-pedagang yang datang dengan kapal besar dan hebat.

Contohnya negara kita.Mengapa kita gagal mendakwah bangsa Cina ?Sebab kita lebih mundur dari mereka.Orang Cina maju dan kaya,malah mampu membina sekolah  dan universiti tanpa bantuan kerajaan.

Jika kita berdakwah”Masuklah  Islam nanti masuk syurga ..”,mereka akan jawab 

“Tak masuk syurga pun tak apa,sebab kami dah kaya dah ..”.

Justeru jika mahu berjaya dalam dakwah,kita wajib buktikan kita lebih hebat,maju ,kaya berbanding mereka yang didakwah.

Soalan : Pada waktu apakah Tun suka menulis?

Jawapan : Sepanjang masa ! Saya suka menulis tanpa mengira masa ..namun masa saya paling suka ialah awal pagi.

Soalan : Bagaimana Tun mendapat idea ?

Saya suka membaca.Apabila saya berjalan ke luar negara,saya akan lihat dan teliti .Dari pembacaaan dan perjalanan jauh,saya mendapat pelbagai idea.Saya akan menulis idea-idea dalam buku kecil dalam poket baju saya.

Soalan : Berapa lama jangka masa Tun menulis THE MALAY DILEMA?

Jawapan : Hanya beberapa bulan…

Tiba-tiba  Tun bertanya “Kamu fasih berapa bahasa ?

“Saya fasih 7 bahasa dan sedang  belajar 3 bahasa lagi Tun..”

TERIMA KASIH TUN ! 

 

 

 

 

 

 

 

 

http://chedet.cc/

 

 

https://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_Mohamad