“Kamu semua tak malu dengan SAAT? Dia anak yatim piatu,pakai baju  seluar  koyak bertampal,datang sekolah jalan kaki tapi pandai !Saya tengok dia sejak Darjah 4 ,tak pernah gagal dalam pelajaran dan Sejarah sentiasa dapat A !” CIKGU ISMAIL BIN LAHAM,1986  DI SKBB MASJID TANAH MELAKA .

   TERIMA KASIH CIKGU 

Cikgu Ismail Laham dijemput memberikan sumbangan pakaian raya,duit raya  oleh syarikat SAAT SULAIMAN DOT COM  pada tahun 2011 di SKBB Masjid Tanah ,Melaka .

 

Beliau adalah bekas guru SKBB dari tahun 1981 hingga 1989 dan beliau mengajar  mata pelajaran SEJARAH  di SKBB.Usia kini 69  tahun.

 

                                         SAJAK BUAT CIKGU : INDAHNYA KENANGAN HIDUP INI………

“Aku melihat sawah nan terbentang

Di pagi hari yang sepi….

Kelihatan anak-anak tani membanting tulang

Di sawah nan permai….

Tika aku kecil

Aku selalu mengayuh basikalku

Meronda kampung

Melihat manusia….

Aku x faham apa yang mereka lakukan

Namun aku seronok melihatnya….

Dari Londang ke Pengkalan Balak

Melihat alunan pantai

Nelayan di tengah lautan

Mencari sesuap rezeki

Kadangkala aku memanjat pokok tepian pantai

Untuk memakan buah

Warna ungu,pelat2…

Aku pun ingat-ingat lupa apa namanya….

Tak silap aku BUAH DAKWAT …

Masih aku ingat

Basikal BMX warna kuningku

Ke sana sini melihat ciptaan Allah….

Namun kini,basikalku entah di mana………….

Masih ingat

Tali air kampung Londang….

 

Aku bersama kawan-kawan

Mansor,Jumaat dan lain-lain

Terjun dan mandi manda….

Kini sawah sudah hilang

Berganti kelapa sawit nan rimbun….

Ada yang terbiar

Zaman berubah

Manusia berubah

Ramai teman sekolahku

Kini telah hilang entah di mana…..

“Hadiah no 2….Saat patah!”

Itulah kata-kata dari Cikgu Ismail Laham

Guru sekolahku di Bukit Beringin….

“Maaf….hadiah no 2…Saat Sulaiman…”sambungnya

Aku pun bangun

Mengambil hadiah dan bersalam dengan Guru Besar Cikgu Azizah…

Kenangan 1986 ini masih menggamit perasaan…………..

Aku tidak pernah marah

Atau kecewa

Kerna Cikgu Ismail

Menggelarku ‘Saat patah’….

Kerna Cikgu adalah GURU DAN AYAHKU 

Aku masih ingat

Tahun 1982

Aku terjatuh di sekolah

Dan Cikgu Ismail Laham 

Membawaku ke hospital

Menaiki kereta Datsun buruknya

Akhirnya 6 bulan aku x bersekolah…………….

Tangan kiriku bersadung………….

Kampung Londang amat nostalgia….

Ramai kawanku di sini…

Aku membesar bersama sawah

Pokok getah

Masih ku ingat

Bersama Azmi

Meronda kebun getah

Mencari getah kahwin

Hingga birat digigit nyamuk….

Kini Azmi entah di mana…………….

Terima kasih Cikgu,mendidikku menjadi INSAN BERGUNA …………..

Doaku buatmu senantiasa…

Moga kita bertemu di Syurga..amin.”