Pengenalan

 

WE TEACH PEOPLE LEARN’

Kaya Wang Kaya Iman Consultant telah ditubuhkan pada 27 April 2011.Secara umumnya Kaya Wang Kaya Iman Consultant (selepas ini disebut syarikat) menawarkan BENGKEL,ceramah berbentuk motivasi dan agama kepada pelajar,pegawai swasta dan kerajaan, individu yang berminat untuk mendapat ilmu pengetahuan dan motivasi.

Sehubungan dengan pentingnya ilmu pengetahuan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi,pihak kami telah menubuhkan sebuah syarikat yang diberi nama Kaya Wang Kaya Iman Consultant.

Di antara sebab-sebab penubuhan syarikat ini ialah:

a) Kurangnya penglibatan bumiputera dan orang islam di dalam bidang ini.Oleh yang demikian syarikat ini ingin membuktikan bahawa golongan bumiputera dan orang islam juga mampu berjaya jika disusuli dengan usaha gigih dan daya saing yang tinggi.

b) Perkembangan ekonomi yang pesat menyebabkan peningkatan taraf hidup rakyat yang semakin bertambah baik.Oleh demikian,syarikat ingin membantu individu,syarikat,kaki tangan kerajaan untuk lebih maju dan berwawasan dengan menganjurkan ceramah dan kursus.

c) Masalah pengangguran dan kelemahan individu dalam bidang pendidikan,ekonomi,bahasa,politik,agama,sosial,motivasi,keibubapaan dan lain-lain masalah masih berlaku.Syarikat ini ingin memotivasikan individu,badan kerajaan dan swasta supaya lebih cemerlang dan maju.

d) Masalah penagihan dadah masih berlaku dan peningkatan jumlah kes penagih baru adalah amat membimbangkan. Syarikat ingin membantu pihak kerajaan dan swasta dengan ceramah motivasi.

e) Kejayaan dan kecemerlangan pelajar melayu masih rendah walaupun pelbagai kemudahan dan prasarana yang baik dan sempurna telah disediakan oleh kerajaan.Syarikat ingin membantu pelajar supaya maju dan berjaya dengan lebih cemerlang lagi.

f) Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri,Tun Dr.Mahathir bin Mohamad adalah untuk semua

 bangsa dan agama.Syarikat ingin membantu supaya kemajuan akan tercapai dengan lebih cepat dan mampu maju dan kaya seiring dengan negara lain yang telah mencapai nikmat kemajuan.

g) Kejayaan seseorang adalah berpunca dari diri sendiri,oleh demikian syarikat ingin membantu individu supaya mampu menjadi maju dan cemerlang.

h) Mendidik usahawan baru dan kecil menjalankan pelbagai bisnes.

i)Menambahbaik kemahiran individu dalam pelbagai bidang.

j)Melahirkan individu positif dalam mengejar kejayaan dunia dan akhirat.

Bidang kerja

Secara keseluruhan Kaya Wang Kaya Iman Consultant menjalankan kerja dalam bidang ceramah,seminar dan   kursus.

 

Antara tajuk ceramah motivasi,kursus dan seminar yang dianjurkan ialah:

1.PELAJAR CEMERLANG DALAM ISLAM

2.IBU-BAPA CEMERLANG DALAM ISLAM

3.GURU CEMERLANG,PELAJAR GEMILANG

4.SUAMI-ISTERI CEMERLANG DALAM ISLAM

5.100 ILMU UNTUK DIPELAJARI OLEH ORANG ISLAM SEBELUM

MENUNAIKAN FARDHU HAJI

6.AHLI PERNIAGAAN CEMERLANG DALAM ISLAM

7.SEDEKAH JARIAH,ILMU BERMANFAAT,ANAK SOLEH:3 ASET PATUT

DICAPAI SEBELUM MATI.

8.PERBEZAAN ORANG ISLAM DAN BERIMAN

9.MASJID:GEDUNG ILMU,GEDUNG PAHALA

10.BERCAKAP BOHONG:HALAL DAN HARAM

11.100 ILMU DI DALAM AL-QURAN

12.10 SIFAT DAN PERIBADI DR.MAHATHIR YANG PATUT DICONTOHI

13.DADAH:PENCEGAHAN LEBIH BAIK DARI RAWATAN

14.BAHASA ARAB DAN KEPENTINGANNYA

15.BAHASA INGGERIS DAN KEPENTINGANNYA

16.PERPUSTAKAAN:GEDUNG ILMU

17.PELANCONGAN:FAEDAH DAN MANFAAT

18.PEMANDU YANG BERTANGGUNGJAWAB

19.ILMU,MENCARI ANDA?

20.JIRAN DAN TANGGUNGJAWAB

21.KEPENTINGAN ILMU TAJWID DAN AL-QURAN

22.I.Q CEMERLANG,GENETIK ATAU ANUGERAH?

23.PERANAN IBU BAPA DALAM MENCEMERLANGKAN PENDIDIKAN

ANAK-ANAK.

24.MAKSIAT,BIDAH,KHURAFAT:BAGAIMANA MENGATASINYA?

25.PEGAWAI CEMERLANG,NEGARA GEMILANG

26.TANAH:ASET BERNILAI YANG TIDAK DIMANFAATKAN

27.RAKYAT YANG BERWAWASAN

28.MARAH,MARAH,MARAH!

29.ANDA BIJAK ATAU BODOH?

30.KEPENTINGAN KOMPUTER DAN CARA MENGUASAI ILMU KOMPUTER

31.PUNCA MASALAH DAN CARA PENYELESAIANNYA.

32.PEMIMPIN YANG DISAYANGI…

33.RASUAH:PUNCA DAN BAHAYA

34.ISLAM AGAMA SEBENAR

35.ILMU KAJI DAN KEPENTINGANNYA

36.ILMU ITU AMANAH

37.ISLAM AGAMA PRAKTIKAL

38.SIFAT MANUSIA :POSITIF DAN NEGATIF.

39.MASA ITU DUIT

40.ANAK CEMERLANG

41.MELAKA NEGERI YANG PATUT DIKUNJUNGI.

42.DIARI DAN KEPENTINGANNYA

43.POLIS,TENTERA,PENYAPU SAMPAH:PROFESION MULIA

44.PUSAT SERENTI MENJADI UNIVERSITI?

45.KAYA YANG DIHORMATI

46.KEPENTINGAN ZIKIR

47.IBU-BAPA BERWAWASAN

48.JENAYAH:TANGGUNGJAWAB ANDA?

49.TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA YANG BERWAWASAN

50.RUMAHKU SYURGAKU.

51.BENGKEL BISNES PAKAIAN.

52.BENGKEL PENULISAN KREATIF.

53.BENGKEL USAHAWAN .

54.BENGKEL KELUARGA BAHAGIA .

55.KURSUS USAHAWAN KAYA WANG KAYA IMAN.

56.KURSUS PENYEDIAAN MAKANAN DAN MINUMAN BUAT USAHAWAN KECIL

56.BENGKEL BISNES KECIL MODAL KECIL.

dan sebagainya.

Syarikat kami menyediakan para penceramah yang berkelulusan dan dinamik untuk mendidik pendengar dan peserta yang menghadiri ceramah,seminar dan kursus yang kami anjurkan.